Monday, March 8, 2010

PELANCARAN RASMI BLOG RAUDATUZZAHRA

RAUDATUZZAHRA RESOURCES secara rasminya telah melancarkan blognya. Ini bertujuan untuk memudahkan sebarang penyampaian risalah, maklumat, kuliah ilmu serta program-program akan dijalankan oleh pihak RAUDATUZZAHRA RESOURCES.
RAUDATUZZAHRA RESOURCES sepanjang 5 tahun perjalanannya telah bertungkus lumus memastikan tanggungjawab sosial kepada golongan MUKMINAT dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Pelbagai cabaran, ujian, rintangan, halangan serta mehnah dan tribulasi telah dilalui untuk memastikan RAUDATUZZAHRA RESOURCES boleh berdiri seperti yang pihak MUKMINAT dapat lihat pada hari ini.
Ini semua berkat doa, sokongan, dokongan serta iltizam yang kuat yang telah diberikan oleh golongan MUKMINAT selama ini. InsyaALLAH kita sama-sama berganding bahu untuk mengorak langkah yang lebih jauh bagi mengembangkan lagi peranan yang boleh dilaksanakan oleh RAUDATUZZAHRA ke dalam masyarakat Islam amnya serta komuniti masyarakat AHLUL BAIT khususnya.
Untuk maklumat semua pihak, pihak RAUDATUZZAHRA RESOURCES telah menjalankan beberapa aktiviti, seperti:
  • PROGRAM ZAINABIAH (Antara program: Deklamasi Sajak, Syarahan serta Persembahan Pentomin - Majlis memperingati Gempak Gempitanya Pasca Karbala, kesedihan, tangisan serta cabaran yang dihadapi oleh SAYYIDAH ZAINAB AL-KUBRA A.S. selepas wafatnya sayyidus syuhada IMAM HUSSAIN A.S. di karbala)
  • PROGRAM PERKAHWINAN SAYYIDUL WUJUD RASULULLAH AL-MUSTHAFA SAWW DENGAN ISTERI TERCINTA SAIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA (Antara program: Deklamasi Sajak, Syarahan serta Persembahan Pentomin - Majlis perkahwinan SAYYIDUL WUJUD RASULULLAH SAWW DAN SAIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA)
  • Kelas-kelas pengajian ilmu seperti pengajian bahasa arab, bahasa parsi, pengajian al-quran, tuisyen akademik seperti bahasa inggeris, matematik, matematik tambahan, biologi, fizik dan kimia.

Program yang terbaru yang akan dianjurkan oleh pihak RAUDATUZZAHRA ialah PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR yang mana maklumat program adalah seperti berikut:

TEMA : "MEMBINA GENERASI HUSAINIAH DAN ZAINABIAH"

TARIKH : 16-18 MAC 2010

LOKASI : HAUZAH AR-RIDHA & RAUDATUZZAHRA RESOURCES

YURAN PENDAFTARAN : RM 30.00 seorang

HUBUNGI : Ustazah Azlina 016 - 242 9965

Kepada waris yang berminat sila hubungi atau sms penyertaan anak anda ke nombor yang tertera di atas.

Sebarang cadangan, komentar serta saranan boleh disuarakan ke alamat e-mail di bawah:

raudartuzzahra@yahoo.co.uk

raudatuzzahra1214@gmail.com

Sekian,

Sekretriat Multimedia