Saturday, May 15, 2010

SYAHADAH HAZRAT FATIMAH AZ-ZAHRA A.S







Pada hari ini, tanggal 3 Jamadilakhir pada tahun 11 Hijriah, iaitu 6 bulan selepas wafatnya Sayyidul Wujud Muhammad saww, adalah tarikh yang amat menyayat hati bagi seluruh ummat manusia serta seluruh makhluk di alam fana ini. Hari ini adalah hari wafatnya “PENGHULU WANITA SYURGA”, ibunda yang tercinta, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. Seluruh bumi dan alam meraung kesedihan. Para pecinta ahlul baitnya Rasulullah saww merasai dengan penuh kesedihan yang ditanggung oleh keluarganya Imam Ali a.s. Pada tahun ini [1431H], kita telah menyambut hari kesedihan ini untuk kali yang kedua.

Kemulian Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s dinukilkan oleh Rasulullah saww. Sepertimana dalam satu hadis baginda yang masyhur iaitu:

Rasulullah saww bersabda:

“Allah redho bersama keredhoan Fatimah dan marah kerana kemarahannya”.

· RAMPASAN TANAH FADAK MILIKNYA HAZRAT FATIMAH AZ-ZAHRA A.S

Satu tragedi besar telah terpahat didalam sejarah umat islam yang cuba dihilangkan dalam lipatan sejarah iaitu peristiwa rampasan warisan Sayyidul Wujud Rasulullah saww kepada Ahlul Baitnya yang tercinda, Ummu Abiha iaitu Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. Rampasan TANAH FADAK telah berlaku selepas wafatnya Rasullullah saww. Pelbagai peristiwa tragis yang terpaksa ditanggung oleh Ahlul Baitnya Rasulullah saww angkara manusia-manusia yang membelangkan perintah serta wasiatnya Rasulullah saww semata-mata kerana dendam kesumat, perasaan hasad dengki yang menebal di dalam diri serta ketamakan kuasa yang begitu ketara.

Sejarah Ahlul Bait telah menyatakan bahawa Rasulullah saww telah meninggalkan satu warisan kepada puterinya yang tercinta iaitu sebidang tanah di Lembah Fadak. Tanah yang asalnya milik Rasulullah saww yang merupakan hak satu perlima daripada harta rampasan perang (GHANIMAH). Tanah tersebut terletak diwilayah yang sudah maju dan subur berhampiran Khaibar iaitu sekitar 140 km dari Madinah dan merupakan sebagai kubu terakhir kaum Yahudi Hijaz selepas Khaibar.

Tanah tersebut diberi kepada Fatimah AZ-Zahra dengan 2 tujuan:

1. Menampung pembiayaan Imam Ali a.s semasa kepimpinannya.

2. Untuk menjaga kehormatan dan martabat Ahlul Baitnya Rasulullah saww.

Tanah tersebut telah dirampas oleh Abu Bakar di zaman pemerintahannya Umar yang merupakan pengampu serta pembodek kepada Abu Bakar telah mempengaruhi Abu Bakar untuk merampas tanak tersebut dengan alasan kebimbingannya terhadap kebangkitan Imam Ali a.s. Umar berpendapat sekiranya tanah Fadak dibiarkan kepada Hazrat Fatimah Az-Zahra, maka beliau bimbang Imam Ali a.s akan mengumpul dana untuk menentang perampasan hak kekhalifahan dari Abu Bakar oleh Imam Ali a.s

Maka dengan penuh angkuh dan bongkak, Abu Bakar telah berusaha memanipulsi hadis Rasulullah saww yang mana masyakat Islam pada hari ini beranggapan bahawa Rasulullah saww tidak meninggalkan sebarang warisan kepada Ahlul Baitnya. Usaha tersebut adalah berpunca dari tindakan licik Umar yang telah menghasut Abu Bakar agar merampas tanah Fadak tersebut serta dinafikan haknya Puteri kesayangan Rasulullah saww iaitu bonda kesayangan kita semua Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s.

Pengikhtibaran dari peristiwa tersebut amatlah besar kepada kita:

1. Sesungguhnya kebenaran, keadilan dan kebebasan yang telah dinafikan oleh pengkhianat, perampas serta penguasa yang zalim.

2. Penentangan perintah Allah swt yang telah dilakukan oleh mereka yang hidup di zaman Rasulullah saww selepas kewafatan baginda.

3. Penafian hak warisan hak tanah Fadak yang diberikan oleh Rasulullah saww kepada puteri kesayangannya Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s.

Justeru itu, perlu kita fikirkan bersama adakah kita ini amat memahami peristiwa yang ditanggung oleh Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s.? Adakah kita mempertahankan haknya Sayyidah Fatimah Az-Zahra a.s. atau kita mendahului kepentingan peribadi kita? Apakah kita juga ingin mengikuti perbuatan biadap serta keangkuhan Abu Bakar dan Umar dalam merampas haknya orang lain? Fikirkan…..

· PERISTIWA PAKSAAN PEMBAI’ATAN KE ATAS IMAM ALI A.S

Rasulullah saww bersabda:

Fatimah adalah belahan nyawaku, siapa yang menyebabkannya marah, maka dia telah menyebabkan aku marah, barangsiapa yang menyebabkan aku marah, maka dia telah menyebabkan murka Allah.”

Jika kita membaca, memahami serta menghayati akan kepentingan hadis dari Rasulullah saww ini, seharusnya kita sudah memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada kita oleh Allah swt. Kita sesekali mengundang murka Allah dengan membuatkan Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s marah.

Lantaran peristiwa Fadak, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. telah mengambil tindakan untuk tidak bersemuka dengan dua orang tersebut. Lanjutan sikap tidak puas hati Abu Bakar dan Umar terhadap Imam Ali a.s yang mengambil keputusan untuk tidak memberi bai’ah terhadap kekhalifan yang tidak sah atau kudeta (rampasan kuasa) yang telah Abu Bakar lakukan.

Mari kita imbas kembali peristiwa yang berlaku di rumahnya Imam Ali a.s. Peristiwa yang wajib diketahui, difahami serta dihayati sepenuhnya oleh setiap orang yang mengakui dirinya sebagai pembela serta pencintanya Ahlul Bait Rasulullah saww, pembelanya Imam Ali a.s di saat Abu Bakar serta Umar datang kerumahnya Imam Ali a.s untuk memaksanya memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Ancaman serta ugutan untuk membakar rumah hinggalah keguguran janinnya Mohsin akibat ditendang oleh pembela Abu Bakar iaitu Umar. Hentakkan pintu yang kuat telah mengakibatkan patah tulung rusuknya Hazratnya Fatimah Az-Zahra a.s. Yang mana rentetan peristiwa itu membawa kepada kesyahidan Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s serta anaknya Mohsin a.s.

Pengajaran yang perlu kita hayati dalam kesinambungan kehidupan kita terhadap Ahlul Baitnya Rasulullah saww:

1. Demi kebenaran serta haknya Imam Ali a.s, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s sesekali tidak redho rampasan hak kekhalifahan dari wasi ayahandanya Rasulullah saww oleh Abu Bakar dan Umar.

2. Atas keperitan yang ditanggung oleh Hazrat Fatimah a.s, maka beliau melaungkan jeritan serta rintihan kepada Rasulullah saww dengan ungkapan yang masyhur “...akan aku adukan perkara ini kepada ayahandaku…”

3. Kemulian serta keagungannya Fatimah Az-Zahra a.s di sisi Allah swt serta kasihnya Rasullullah saww terhadap puteri kesayangannya itu langsung tidak dihiraukan oleh manusia yang bernafsukan syaitan dalam mengejar pangkat, kedudukan serta ketamakkan kuasa.

Sebagai para pecinta Ahlul Baitnya Rasulullah saww, dimanakan kita didalam situasi tersebut? Adakah kita bersama Imam Ali a.s atau tanpa kita sedari kita bersama dengan manusia yang berada di luar rumahnya Fatimah Az-Zahra a.s? Lidah kita mengungkap kata-katanya manusia suci, namun tindakan kita mengikuti mereka di luar rumahnya Imam….

· WAFATNYA FATIMAH AZ-ZAHRA A.S

Sekarang segala sesuatu telah berakhir. Fatimah Az-Zahra a.s telah puas menanti jemputan Ilahi. Beliau tidak sanggup lagi menanggung penghinahaan serta pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka yang melanggar perintah Allah swt dan Rasulullah saww.

Pada tanggal 3 Jamadil Akhir 11H, bertepatan dengan hari Isnin, merupakan tarikh yang sangat menyayat hati untuk kita pencintanya Ahlul Bait. Tarikh di mana wafatnya “PENGHULU WANITA SYURGA”, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. Sebelum hadirnya malaikat ‘Izrail untuk menjemput puteri kesayangan Rasulullah saww ini, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s telah menyempurnakan peranannya untuk kali yang terakhir kepada putera puterinya dengan memandikan mereka serta memakaikan mereka dengan pakaian yang sempurna.

Setelah memandikan anakandanya, beliau kemudian mandi dan berwudhu dengan sabar dan damai. Kemudian beliau mengenakan pakaian yang telah lama disimpan sejak kewafatan Rasulullah saww. Beliau telah menyuruh Ummu Rafi’ untuk meletakkan katil di tengah ruangan rumahnya. Lalu beliau baring mengadap ka’bah menanti tugasan ‘izrail selesai. Beberapa ketika kemudian, terdengarlah tangisan di luar rumah itu. Saat itu seluruh alam menangisi perginya Fatimah Az-Zahra bertemu dengan ayahnya Sayyidul Wujud Rasulullah saww.

· PENYEMPURNAAN WASIAT HAZRAT FATIMAH A.S

Sebelum kewafatannya, Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. telah berwasiat kepada suaminya yang tercinta agar pemakamannya dilakukan pada sebelah malam hari. Ini bertujuan untuk mengelak dari masyarakat Madinah mengetahui makamnya. Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. begitu marah terhadap manusia-manusia yang telah melanggar perintah Allah swt serta mengkhianati bai’ah mereka ketika “peristiwa Ghadir Qum” iaitu perlantikkan Imam Ali a.s. sebagai pengganti ayahandanya sebagai Khalifah setelah wafatnya Rasulullah saww. Namun kerakusan nafsu telah membutakan mata hati mereka sehingga tidak mengenal hak-haknya Rasulullah saww. dan Ahlul Baitnya.

Dengan wasiat ini, maka jelaslah bahawa Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s sangat murka terhadap mereka yang menzalimi Ahlul Bait. Dengan kemurkaan Hazrat Fatimah Az-Zahra a.s. maka ianya mengundang murkanya Allah swt. Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yang merampas haknya Ahlul Baitnya Rasulullah saww. Wassalam.

Assalamu’alaiki Ya Binta Muhammad Ya Qurrata’ainirrasul

BIRO PENERBITAN: RAUDATUZZAHRA RESOURCES

Monday, March 8, 2010

PELANCARAN RASMI BLOG RAUDATUZZAHRA

RAUDATUZZAHRA RESOURCES secara rasminya telah melancarkan blognya. Ini bertujuan untuk memudahkan sebarang penyampaian risalah, maklumat, kuliah ilmu serta program-program akan dijalankan oleh pihak RAUDATUZZAHRA RESOURCES.
RAUDATUZZAHRA RESOURCES sepanjang 5 tahun perjalanannya telah bertungkus lumus memastikan tanggungjawab sosial kepada golongan MUKMINAT dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Pelbagai cabaran, ujian, rintangan, halangan serta mehnah dan tribulasi telah dilalui untuk memastikan RAUDATUZZAHRA RESOURCES boleh berdiri seperti yang pihak MUKMINAT dapat lihat pada hari ini.
Ini semua berkat doa, sokongan, dokongan serta iltizam yang kuat yang telah diberikan oleh golongan MUKMINAT selama ini. InsyaALLAH kita sama-sama berganding bahu untuk mengorak langkah yang lebih jauh bagi mengembangkan lagi peranan yang boleh dilaksanakan oleh RAUDATUZZAHRA ke dalam masyarakat Islam amnya serta komuniti masyarakat AHLUL BAIT khususnya.
Untuk maklumat semua pihak, pihak RAUDATUZZAHRA RESOURCES telah menjalankan beberapa aktiviti, seperti:
  • PROGRAM ZAINABIAH (Antara program: Deklamasi Sajak, Syarahan serta Persembahan Pentomin - Majlis memperingati Gempak Gempitanya Pasca Karbala, kesedihan, tangisan serta cabaran yang dihadapi oleh SAYYIDAH ZAINAB AL-KUBRA A.S. selepas wafatnya sayyidus syuhada IMAM HUSSAIN A.S. di karbala)
  • PROGRAM PERKAHWINAN SAYYIDUL WUJUD RASULULLAH AL-MUSTHAFA SAWW DENGAN ISTERI TERCINTA SAIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA (Antara program: Deklamasi Sajak, Syarahan serta Persembahan Pentomin - Majlis perkahwinan SAYYIDUL WUJUD RASULULLAH SAWW DAN SAIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA)
  • Kelas-kelas pengajian ilmu seperti pengajian bahasa arab, bahasa parsi, pengajian al-quran, tuisyen akademik seperti bahasa inggeris, matematik, matematik tambahan, biologi, fizik dan kimia.

Program yang terbaru yang akan dianjurkan oleh pihak RAUDATUZZAHRA ialah PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR yang mana maklumat program adalah seperti berikut:

TEMA : "MEMBINA GENERASI HUSAINIAH DAN ZAINABIAH"

TARIKH : 16-18 MAC 2010

LOKASI : HAUZAH AR-RIDHA & RAUDATUZZAHRA RESOURCES

YURAN PENDAFTARAN : RM 30.00 seorang

HUBUNGI : Ustazah Azlina 016 - 242 9965

Kepada waris yang berminat sila hubungi atau sms penyertaan anak anda ke nombor yang tertera di atas.

Sebarang cadangan, komentar serta saranan boleh disuarakan ke alamat e-mail di bawah:

raudartuzzahra@yahoo.co.uk

raudatuzzahra1214@gmail.com

Sekian,

Sekretriat Multimedia